MOHAMAD Hanif melihat kesan tanah runtuh di belakang rumahnya.
HM Digital

Gurun: “Sebelum kejadian, saya dan isteri terdengar bunyi dentuman kuat seperti rempuhan treler dan menyangka berlaku kemalangan sebelum lantai rumah bergegar, namun terkejut apabila melihat di luar tingkap dapur rumah kesan tanah runtuh.”

Begitu kata Mohamad Hanif Mohamed, 35, seorang daripada mangsa menceritakan detik cemas tebing bukit lima meter di belakang kediamannya di Taman Permai Utama, Jalan Jeniang, di sini, runtuh akibat hujan lebat kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, lapan rumah berhampiran tebing itu dibimbangi terjejas menyebabkan dua penghuni yang menetap di taman perumahan baru itu diarahkan berpindah sementara ke tempat lain.

Mohamad Hanif berkata, ketika kejadian, dia berehat di dalam rumah bersama isteri, Nurul Nadia Zainol, 30, dan tiga anak mereka berusia setahun hingga tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2017 @ 4:19 AM