FOTO Hiasan
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


SEORANG remaja lelaki ditemui lemas selepas mandi di Pantai Perkasa, Kampung Sungai Dua, Bachok, hari ini.

Mangsa, Idi' Arif Idris, 16, ditemui pada jam 2.47 petang dalam jarak 60 meter dari lokasinya terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairu Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.25 tengah hari dan seramai tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Rohni bergegas ke lokasi kejadian.

"Usaha mencari dilakukan dan mangsa ditemui 60 meter dari tempat dia terjatuh.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2017 @ 4:46 PM