BARISAN warga media Malaysia ke Gunung Daik, Riau, Indonesia. FOTO Husain Jahit
Husain Jahit
husain@hmetro.com.my


EMPAT puluh empat peserta memulakan pendakian ke Gunung Daik yang bermula di Gerbang Daik, di Riau, Indonesia, pada kira-kira 9 pagi ini (waktu tempatan).

Program itu anjuran Pemuda Umno Bahagian Pekan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang serta Kelab Media Pahang.

Program diadakan sempena sambutan Hari Malaysia 2017 dan menyemarak bulan kemerdekaan negara.

Diketuai Ketua Pemuda Bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad, pendakian ke gunung setinggi 1,165 meter dari paras laut (mdpl) itu memerlukan kira-kira tujuh jam.

Turut serta ialah Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin dan Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Keseluruhan pendakian memerlukan dua hari.

Pendaki dijangka bermalam di tapak perkhemahan kem induk Gunung Daik.

Awal pagi Ahad (17 Sept), pendakian akan diteruskan ke titik terakhir laluan pendakian.

Pendalian dibantu empat orang jurupandu dan tujuh porter.

Sementara itu, selain penulis, pasukan media turut disertai oleh Linda Khoo dari Bernama, Norzasrudin Mohamad Nor dan Mohd Mahathir Mohd Ali Utusan Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2017 @ 12:46 PM