Peserta mendengar ceramah keselamatan kebakaran di institusi pondok dan pusat tahfiz zon utara hari ini bagi memberi pendedahan isu keselamatan di sebuah hotel di Alor Setar. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


SERAMAI 150 mudir dan pengusaha pondok serta pusat tahfiz menghadiri ceramah keselamatan kebakaran di institusi pondok dan pusat tahfiz zon utara hari ini bagi memberi pendedahan isu keselamatan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sebuah hotel di Alor Setar ini membabitkan institusi agama di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Menurutnya, salah satu slot ceramah adalah berkaitan isu-isu keselamatan bangunan institusi pondok dan pusat tahfiz.

“Ceramah keselamatan kebakaran diaspirasikan kepada semua mudir atau pengusaha bagi mensifarkan kebakaran dari tahun ke tahun.

“Dengan kesedaran keselamatan kebakaran yang disampaikan ini sedikit sebanyak memberi impak dari dalam diri setiap peserta supaya keselamatan kebakaran diutamakan walau apa jua situasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Mustakim berkata, pelbagai kesalahan bahaya kebakaran didedahkan supaya ia tidak berlaku di pondok dan pusat tahfiz.

“Selain itu turut diwar-warkan pendaftaran dan penubuhan skuad bomba sekolah pondok.

“Semua pondok dan tahfiz tidak boleh menidakkan penubuhan skuad bomba ini kerana ia penting bagi pelajar serta warga institusi terbabit diberi pendedahan mengenai keselamatan kebakaran,” katanya.

Katanya, skuad bomba sekolah pondok ini juga berperanan sebagai responder pertama jika kebakaran kecil dan memaklumkan kepada bomba jika kebakaran besar.

Berita berkaitan

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/263502/bagaimana-nak-mati-syahid...">Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/263463/air-mata-tumpah-metrotv">Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 9:05 PM