ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui berhampiran dengan lokasi mangsa terjatuh. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah
Mohd.rizal@hmetro.com.my


LELAKI berusia 35 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Sarawak berhampiran Masjid Terapung, Kuching di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Drahman Spawi bersama rakannya berada di Tebingan Waterfront sebelum mangsa terjatuh ke dalam sungai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuching kemudiannya dikerahkan ke lokasi.

"Setibanyapihak bomba ke lokasi, mangsa sudah ditemui oleh rakannya berhampiran tebing dan disahkan meninggal dunia," katanya

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa berasal dari Kampung Sungai Bedil.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 10:57 AM