Treler bawa muatan baja terbalik di Batu 8 Tanah Merah, hari ini. FOTO ihsan IRDK
Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


PEMANDU treler cedera apabila treler dipandunya terbalik di Batu 8 Tanah Merah, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi menyebabkan muatan baja yang dibawa bertaburan di atas jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah Asisten Superintendan Mohd Hanafi Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 34 tahun cuba mengelak lori di hadapannya.

"Lori itu dikatakan mahu membelok ke sebuah stesen minyak berhampiran.

"Mangsa cuba mengelak namun kenderaannya terbabas dan terbalik menyebabkan muatan baja dibawa bertaburan di atas jalan," katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami luka ringan di tangan dan lutut mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 6:34 PM