Nora Danish bersama suami Nedim. FOTO ND
Nora enggan komen sedang hamil. FOTO ADIBAH AHMAD IZAM
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


PELAKON terkenal Nora Danish belum bersedia mengulas desas-desus mengatakan dia kini sedang hamil.

Nora berkata, bukan niatnya mahu mengelak atau sengaja mengunci mulut sebaliknya lebih selesa untuk tidak bersikap terburu-buru.

"Saya bukan lari atau mengelak, sebaliknya belum bersedia.

"Saya akan berkongsi perkara ini kepada umum tidak lama lagi," katanya.

Terdahulu penampilan Nora yang kelihatan berisi ketika menghadiri majlis perkahwinan pelakon Laudya Cythia Bella dan Engku Emran minggu lalu mengundang tanda tanya netizen sehingga ada mendakwa pelakon itu kini berbadan dua.

Nora dan suaminya Nedim Nazri berkahwin pada 30 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 4:44 PM