NORSYAH (kiri) memberi penerangan kepada orang ramai mengenai wasiat di Jelebu, semalam.
HM Digital

Jelebu: Masyarakat digesa menulis wasiat bagi memudahkan waris sekali gus tidak menimbulkan masalah pada masa depan disebabkan pelbagai tuntutan harta terutama selepas berlaku kematian.

Pengurus Operasi Amanah dan Legasi MyAngkasa Amanah Berhad Norsyah Sharipuddin berkata, wasiat bukan bertujuan menyusahkan tetapi memudahkan urusan pembahagian harta kepada waris mereka.

Menurutnya, 90 peratus Melayu belum menulis wasiat sekali gus menyebabkan berkemungkinan berlaku pembekuan harta benda di pelbagai institusi.

“Ketika ini RM60 bilion harta belum dituntut atau dibekukan disebabkan masalah memerlukan penyelesaian hingga ada yang dibawa ke mahkamah.

“Bila ada wasiat, pembahagian harta menjadi lebih mudah dan memberi manfaat kepada waris kerana tidak timbul masalah berbangkit,” katanya ketika ditemui pada program Bicara Wasiat dan penyampaian bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 6:47 AM