Galaxy J7+
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


SAMSUNG Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd memperkenalkan model telefon Galaxy J7+ direka untuk individu gemar merakam foto makanan atau menggunakannya sebagai alat untuk kerja pejabat.

Ia mempunyai dwi kamera yang mana masing-masing beresolusi 13 dan 5 megapiksel dengan fokal jenis f1.7 serta f1.9.

Telefon peringkat pertengahan ini berupaya menghasilkan imej bokeh yang bersesuaian pada gaya hidup bersosial sekarang.

Galaxy J7+ menggunakan pemprosesan octa core (quad-core 2.39GHz + quad-core 1.69GHz) selain skrin 5.5 inci HD penuh Super AMOLED.

Selain itu, ia mempunyai RAM 4GB dengan dua warna pilihan iaitu hitam atau emas dijual pada harga RM1,599 yang boleh ditempah pada 12 hingga 17 September ini sebelum ia mula berada di pasaran bermula 28 September.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2017 @ 5:10 PM