MAT JOHIR (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas antara Mohd Sabri (kiri) kepada Hamid. FOTO Hafizudin Mohd Safar
Hafizudin Mohd Safar
am@hmetro.com.my


TIMBALAN Pengarah Penjara Terengganu, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Hamid Taha hari ini dilantik sebagai pengarah baru Pusat Koreksional Perlis (PKPs).

Beliau mengambil alih tugas daripada Timbalan Pengarah PKPs, Penguasa Penjara Mohd Sabri Md Arshad yang memangku jawatan berkenaan.

Hamid, 41, yang berasal dari Marang, Terengganu mempunyai pengalaman 13 tahun memulakan tugas dalam Jabatan Penjara Malaysia sejak 2004 menyambung tugas untuk menguruskan 747 orang penghuni dan juga 203 orang pegawai dan kakitangan daripada bekas Pengarah PKPs sebelum ini yang disandang PKP Shahhimin Hussain yang sudah mula bercuti sebelum bersara tidak lama lagi.

Beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang Pengajian Awam dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pernah berkhidmat di Penjara Air Molek Johor, Penjara Pusat Miri Sarawak, Penjara Bentong Pahang dan Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia.

Selain itu beliau juga pernah dilantik Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Terengganu dan juga Timbalan Pengarah Penjara Terengganu.

Majlis disaksikan Pengarah Penjara Negeri Perlis, Penolong Kanan Komisioner Penjara (PKK) Mat Johir Asin @ Hashim.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2017 @ 4:57 PM