Abdul Rahim
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Jemaah Majlis Diraja Johor mengumumkan pertukaran gelaran bahasa His Royal Highness Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kepada His Majesty.

Yang Dipertuanya Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga berkenan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dibahasakan sebagai Her Majesty.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, dengan keistimewaan hak dan kuasa Tuanku di bawah Bahagian Kedua 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 berkenan menukar gelaran bahasa His Royal Highness kepada His Majesty.

“Gelaran dalam bahasa Melayu ‘Duli Yang Maha Mulia’ bagi Tuanku dan Tuanku Permaisuri adalah dikekalkan,” katanya pada kenyataan rasmi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2017 @ 4:49 AM