MOTOSIKAL ditunggang mangsa. FOTO Nasrawati Syarifuddin
Nasrawati Syarifuddin

WANITA maut manakala anak perempuanya cedera selepas motosikal ditunggang mereka berlanggar dengan kenderaan di Batu 25, Jalan Apas, Tawau, semalam.

Dalam kejadian 2.58 petang itu, mangsa Bulan Tangah, 60, parah akibat tidak memakai topi keledar dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Klinik Balung.

Anak mangsa, Rosnani Nasir, 18, masih menerima rawatan di Klinik Balung.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu Isuzu D-Max dari arah Bandar Tawau menuju ke Semporna.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Isuzu D-Max berada di lorong kanan dan tiba-tiba motosikal dinaiki dua beranak disyaki menukar lorong secara mengejut.

"Pemandu Isuzu D-Max cuba menghentikan dan melencongkan kenderaannya ke kiri bagi mengelak terlanggar motosikal berkenaan.

"Namun disebabkan jarak kenderaan dan motosikal terlalu dekat, pemandu secara tidak sengaja terlanggar motosikal berkenaan di bahagian belakang dan terseret ke tengah jalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fadil berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang tidak menggunakan topi keledar parah dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke klinik.

"Anak mangsa yang cedera di bahagian kepala, muka dan kedua belah siku dikejarkan ke Klinik Balung untuk rawatan lanjut.

"Bedah siasat tidak dijalankan atas permintaan keluarga mangsa, namun siasatan ke atas kes ini akan diteruskan," katanya.

Tambah Fadil, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#kw ibu maut, anak cedera

#loc 4.2446510000000002, 117.8911861

Caption:

1. MOTOSIKAL yang dinaiki dua beranak terbabit dalam kemalangan di Batu 25, Jalan Apas, Tawau.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 8:08 PM