SERAMAI 350 mahasiswa menyertai Konvesyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Kebangsaan 2017 (ISLC 2017).
HM Digital

Kuala Nerus: Seramai 350 penuntut universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) menyertai Konvesyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Kebangsaan 2017 (ISLC 2017) berlangsung empat hari bermula 23 Ogos lalu.

Pengarah Program ISLC 2017 Muhammad Zahiruddin Ridzuan berkata, program itu inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menyediakan plat form kepada mahasiswa bagi menyumbang idea, pendapat dan cadangan kepada kementerian.

“Saya yakin suara mahasiswa salah satu nadi penting kepada pembangunan sesebuah negara.

“Ia juga usaha kami untuk merealisasikan TN50 yang memerlukan buah fikiran mahasiswa kerana generasi kini yang akan mewarisi negara,” katanya pada Majlis Penutup dan Makan Malam ISLC 2017 di Dewan Al Muktafi Billal Shah, UniSZA.

Majlis penutup konvensyen itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Ogos 2017 @ 9:46 AM