MOHD Hisham (dua kiri) menyampaikan sumbangan Takaful Khairat Kematian Tabung Haji kepada suami Allahyarham Zainiah Othman, Mohd Sa'don Kaslan (tiga kanan) dan anak, Siti Norshaizma (dua kanan), Siti Norzaihani (kanan). FOTO Adi Safri
Idris Musa
idris@hmetro.com.my


SETAKAT ini, 15 jemaah haji Malaysia meninggal dunia iaitu 11 orang di Makkah dan empat lagi di Madinah.

Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia Lembaga Tabung Haji (TH) Mohd Hisham Harun berkata, mereka yang meninggal dunia itu berusia 50 tahun ke atas akibat masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan paru-paru.

“€œJemaah haji kena kuat fizikal, kena bersenam dan berlatih berjalan. Sebab di Makkah memerlukan kekuatan tenaga untuk melaksanakan ibadat seperti mengerjakan tawaf dan sai,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, lebih 100 orang jemaah Malaysia sekarang berada di hospital dan klinik di Tanah Suci.

“Ini termasuk lapan orang di hospital Arab Saudi. Yang lain di hospital dan klinik kelolaan Malaysia. Namun, oleh kerana esok jemaah sudah mula bergerak ke Arafah untuk berwukuf, biasanya kita akan bawa mereka berwukuf,”

katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2017 @ 6:27 PM