BAS terbalik selepas kemalangan dengan kereta. FOTO ihsan Bomba
Amrullah Abdul Karim
am@hmetro.com.my


TUJUH individu termasuk pemandu bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) cedera apabila bas dinaiki terbabit kemalangan dengan kereta di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat susur masuk Plaza Tol Tanjung Malim arah selatan, 6.45 pagi, hari ini.

Mangsa membabitkan empat perempuan dan tiga lelaki yang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Putrajaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.57 pagi sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Bas terbalik dilanggar Toyota Vios dari arah belakang.

"Semua mangsa mengalami cedera ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, operasi berakhir sejam kemudian selepas bomba memastikan lokasi kejadian selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 12:52 PM