Samsung Galaxy Note8 dijangka dijual pada harga RM3,999.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd dijangka menjual Samsung Galaxy Note8 pada harga RM3,999.

Pra tempahan akan bermula pada 5 hingga 10 September ini sebelum ia dijual di pasaran pada 15 September.

Note8 yang baru dilancarkan mempunyai fungsi dwi kamera menggabungkan lensa telefoto dan sudut lebar.

Meneruskan tradisi pen khas, Note8 datang dengan S Pen yang mempunyai lebih fungsi termasuk menulis pada skrin pada mod 'off' sehingga 100 muka surat.

Bersaiz 6.3 inci QuadHD+ Super AMOLED, Note8 hadir dengan RAM 6GB LPDDR4.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 11:48 PM