GULAM diiringi Ismail (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Nurkhairulbariah di Batu Caves, semalam.
HM Digital

Batu Caves: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) semalam menyampaikan sumbangan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 kepada Nurkhairulbariah Mohd Tahir, balu Allahyarham Zainuddin Saleh, 53, yang lebih dikenali sebagai kartunis Lengkuas.

Pengurus Besar Faedah PERKESO, Ismail Abi Hashim berkata, Allahyarham juga layak menerima Pencen Penakat Penuh sebanyak 65 peratus daripada gaji bulanan purata.

“RM942.50 akan diterima waris Allahyarham setiap bulan bermula pada 1 September depan.

“Jumlah berkenaan akan terus diterima waris sepanjang hayat dan jumlah itu akan berubah jika berlaku sebarang kenaikan serta apabila anak bongsu waris sudah berumur 21 tahun ke atas,” katanya, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu merangkap Ketua Penerangan Pemuda Wilayah, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 6:16 AM