Sebahagian wakil media beratur untuk memasuki dewan Park Avenue Armory, New York sejak jam 8 pagi waktu tempatan bagi menghadiri pelancaran telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note8 meskipun pintu hanya dibuka dua jam kemudian. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Lebih 500 wakil media sudah beratur untuk memasuki dewan Park Avenue Armory, New York sejak jam 8 pagi waktu tempatan bagi menghadiri pelancaran telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note8 meskipun pintu hanya dibuka dua jam kemudian.

Samsung Galaxy Note dijangka dilancarkan jam 11 pagi.

Lebih 10 media dari Malaysia termasuk Harian Metro menyertai pelancaran yang dinamakan Unpacked 2017, Do Bigger Things.

Dimaklumkan, Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Note8 yang pertama kali menggunakan teknologi dwikamera masing-masing beresolusi 12 megapiksel bagi siri model Note.

Menariknya, ia diperkenalkan dengan penstabil imej optikal (OIS) dan keupayaan merakam foto bokeh yang mudah dioperasikan.

Ia bersaiz 6.3 inci dengan RAM 6GB LPDDR4 dan storan 64GB, 128GB atau 256GB.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 10:34 PM