Keadaan dua remaja yang dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Kompleks Api-Api Centre, Kota Kinabalu. Seorang maut, seorang lagi parah. FOTO Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana

 

 junaidi_ladjana@hmetro.com.my

 

REMAJA lelaki maut manakala rakannya parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan di bangunan Kompleks Api-Api Centre, Kota Kinabalu, kira-kira 10 malam semalam

Kedua-dua mangsa berusia lingkungan belasan tahun ditemui berlumuran darah di tingkat dua bangunan berkenaan oleh pengawal keselamatan yang melakukan rondaan 

Mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Rakannya yang parah dibawa ke wad kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sepasukan polis dari Balai Polis Kota Kinabalu berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 1:37 AM