Model ZenFone 4 yang dipasarkan pada 28 Ogos ini. FOTO ASUS
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


ASUS bakal memasarkan tiga telefonnya pada 28 Ogos ini iaitu ZenFone 4 max Pro, ZenFone 4 Selfie dan ZenFone 4 Selfie Pro.

Ia akan dijual pada harga RM1,099 (ZenFone 4 Max Pro), RM1,299 (ZenFone 4 Selfie) dan RM1,799 (ZenFone Selfie Pro).

ASUS menggunakan konsep 'We Love Photo' untuk semua telefon baru mereka pada suku ketiga tahun ini.

ZenFone 4 Max Pro mempunyai memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh dan juga berfungsi sebagai 'powerbank' manakala kameranya pula mempunyai lensa berkembar beresolusi 16 megapiksel dan 5.0 megapiksel.

Manakala model ZenFone 4 Selfie dan Selfie Pro menampilkan keunikan apabila kamera depannya pula mempunyai lensa berkembar selain memiliki titik fokal menjangkau 12 milimeter.

Pemprosesan membezakan keduanya apabila ZenFone 4 Selfie menggunakan Qualcomm Snapdragon 430 manakala ZenFone 4 Pro pula lebih hebat dengan Snapdragon 625.

Bagi RAM dan bateri pula, keduanya menggunakan kapasiti 4GB serta 3000mAh.

ZenFone 4 Pro menjadi model 'flagship' yang dikuasakan pemprosesan Snapdragon 835. Bahagian kameranya lengkap teknologi TriTech+, gabungan sistem PDAF, CDAF, dan laser pada resolusi 12 megapiksel serta 16 megapiksel.

Model ZenFone 4 pula menggunakan pemprosesan Snapdragon 660.

Semua model ZenFone 4 mempunyai paparan sebesar 5.5 inc AMOLED dengan resolusi HD 1080p.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 7:34 PM