Paimuzi (tiga dari kanan) bersama ahli Kumpulan Sufi yang memenangi Anugerah Emas. FOTO ihsan MAIWP
Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meneruskan kecemerlangan dalam bidang kreativiti dan inovasi apabila menerima Anugerah Emas Award pada Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang berakhir kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Paimuzi Yahya berkata, dalam pertandingan itu, pihaknya yang diwakili Kumpulan Sufi dianggotai 10 kakitangan pelbagai bahagian, membentangkan projek Pusat Agihan Zakat(PAZA), yang dibuka mengikut kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan.

Katanya, dengan adanya PAZA, ia terbukti memudahkan asnaf memohon bantuan zakat dan ia berbeza dengan negeri lain yang mempunyai pejabat zakat di peringkat daerah.

"PAZA memberi impak dan manfaat besar dalam pengurangan kos, masa dan tenaga asnaf itu sendiri. Selain itu, ia akan meluaskan lagi agihan zakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Paimuzi berkata, sehingga kini, terdapat sembilan buah PAZA dibuka MAIWP dan pemohon hanya perlu hadir ke PAZA berhampiran tanpa perlu lagi hadir ke ibu pejabat Baitulmal MAIWP seperti sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 4:14 PM