Wanita warga emas ini ditemui di Subang Jaya hari ini.
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


POLIS mengesan waris wanita warga emas yang ditemui di Subang Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, siasatan mendapati wanita terbabit secara lisan memaklumkan namanya Lim Kim Tai, 80 dan berasal dari Kampar, Perak.

Katanya, wanita terbabit memaklumkan dia datang ke ibu kota untuk mencari anaknya yang didakwa tinggal di USJ 8, Subang Jaya.

"Namun, wanita terbabit tidak ingat bagaimana dia boleh sampai di Subang Jaya.

"Berdasarkan keterangan secara lisan wanita berkenaan mendakwa mempunyai tujuh anak dan dia datang ke sini untuk mencari anak sulungnya bernama Cheng Hon Meng.

"Mohon sesiapa yang mengenali wanita terbabit menghubungi atau tampil ke Balai Polis USJ 8, Subang Jaya bagi membantu pihak polis mengesan warisnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 5:24 PM