YAMAHA Y135LC dengan warna baru
Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my


HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan warna dan padanan grafik terbaru bagi model empat lejang terlarisnya, Yamaha Y135LC.

Empat warna baru ditawarkan antaranya biru, merah, hitam dan perak.

Pengenalan warna baru ini memberi nafas segar terhadap model popular ini yang didatangkan bersama bentuk lebih agresif, lampu hadapan dan belakang rekaan baru dan lampu brek belakang pada posisi lebih tinggi.

Model pilihan golongan muda ini masih menggunakan enjin empat lejang SOHC yang menjana kuasa 9.2kW sementara tujahan tork pada 12Nm.

Harga ditawarkan bermula RM7,167.72 termasuk GST tanpa pendaftaran, cukai jalan dan insurans. Semua model dengan padanan warna dan grafik terbaru ini sudah berada di pasaran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 3:50 PM