RUSLAN menunjukkan motosikal yang dirampas. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


DALANG utama kes curi Honda EX5 dikenali sebagai 'Fendy EX5' ditahan bersama dua rakannya di Petaling Perdana, Petaling Utama, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, ketiga-tiga suspek berusia 27 hingga 34 tahun ini menyasarkan mencuri Honda EX5 dan aktif sejak Mei lalu.

Menurutnya, ketua kumpulan ini mempunyai dua rekod jenayah, manakala dua lagi masing-masing ada lapan rekod lampau.

"Hasil tangkapan itu, polis merampas tiga motosikal yang dicuri suspek di kawasan sekitar lembah Klang.

"Tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes curi motosikal EX5 di kawasan Taman Sri Sentosa dan Taman Petaling Utama," katanya ketika sidang media sejurus Perhimpunan Bulanan IPD Bricfields di Balai Polis Tun Dr Ismail, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (curi motosikal).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Ogos 2017 @ 12:55 PM