Kemalangan mengorbankan pemandu lori di Kilometer 388.8 Lebuhraya PLUS, 2.30 petang hari ini. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my


PEMANDU lori maut dalam kemalangan di Kilometer 388.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Tanjung Malim 2.30 petang hari ini.

M Sithambaram, 33, berasal dari Tapah parah akibat kemalangan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbalik beberapa kali dan melanggar penghadang jalan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 8:12 PM