PESERTA Breakfast Talk sempena #Quran Hour bergambar di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


YAYASAN Warisan Ummah Ikhlas menganjurkan Breakfast Talk sempena #MerdekaQuranHour dan #WorldQuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) Putrajaya, hari ini.

Sesi interaksi yang dikenali sebagai 'Yassin dan Kemerdekaan' itu dihadiri 120 tetamu merangkumi penduduk sekitar Putrajaya dan penuntut.

Mereka sama-sama membaca surah Yassin dan menghayati terjemahannya dengan bimbingan Penasihat Program Gema Wahyu dan #MerdekaQuranHour Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Penasihat Modul Rumah Ngaji Safri Md Zain.

Sesi berkenaan dikendalikan ahli lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Fazrul Famee Ismail.

Pada sesi itu, mereka yang hadir membaca surah Yassin, sekali gus dapat membetulkan bacaan masing-masing.

#WorldQuranHour akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam pada 31 Ogos ini.

Selain itu, bacaan al-Quran juga akan diadakan secara serentak di masjid di seluruh negara selama satu jam bersempena ibadah wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah ini yang secara kebetulan jatuh pada sambutan Hari Kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2017 @ 4:58 PM