Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


EMPAT individu cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di persimpangan Jalan Kuala Selangor, berhampiran Pasar Raya The Store Sungai Buloh, Sungai Buloh, hari ini.

Kejadian kira-kira 7 pagi itu berlaku selepas Toyota Hilux dari arah Kepong terbabas dan melanggar enam kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, Toyota Hilux berkenaan merempuh dua motosikal, dua kenderaan utiliti sukan (SUV) dan dua kereta.

"Kejadian menyebabkan pemandu Toyota Hilux, seorang penunggang motosikal dan dua kanak-kanak yang menaiki kereta mengalami kecederaan.

"Kemalangan menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira sejam sebelum semua kenderaan dialihkan pada 8.15 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2017 @ 2:16 PM
KEMALANGAN tujuh kenderaan mengakibat jalan sesak. FOTO Fariz Iswadi Ismail