GAMBAR hiasan.
Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my

 

REMAJA lelaki direman selama tiga hari bermula hari ini selepas dipercayai merogol teman wanitanya berusia 15 tahun di Taman Cheras Prima, Kajang, 31 Julai lalu.

Permohonan reman itu dibuat di Mahkamah Majistret Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang Assisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek, 19, membawa pelajar tingkatan tiga itu ke rumah bapa saudaranya.

"Dalam kejadian 6.30 petang itu, suspek mengajak mangsa pulang ke rumah bapa saudaranya sebelum menyakinkan mangsa bahawa bapa saudaranya ada di rumah.

"Bagaimanapun, setiba mangsa di rumah, bapa saudara suspek tiada. Suspek meminta mangsa baring sebelum merogol remaja perempuan itu," katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk membuat pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa.

"Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman bermula hari ini sehingga 5 Ogos untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 7:24 PM