Asrizal Aris
asrizal.aris@hmetro.com.my

 

PERUNCIT produk kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia, meraikan 10 ahli VIP Watsons untuk berbelanja sakan bersama Fasha Sandha sempena kempen Tukar dan Jimat di My Town Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Loh, berkata aktiviti belanja sakan itu antara cara pihaknya berterima kasih kepada pelanggan yang memberi sokongan berterusan.

Katanya, 10 pemenang kempen Tukar dan Jimat yang dipilih melalui peraduan di Instagram itu, diberi peluang berbelanja sakan selama 60 saat bersama Rakan Selebriti Watsons, Fasha Sandha.

"Dalam tempoh itu mereka boleh mengambil produk jenama Watsons seberapa banyak yang boleh secara percuma," katanya.

Fasha Sandha berkata, aktiviti itu menjadi pengalaman menyeronokkan menyaksikan aktiviti belanja sakan oleh pemenang.

Seorang pemenang, Nur Haida Zainal Abidin, 34, berkata dia sudah berbelanja di Watsons sejak sekolah dan menggunakan produk Watsons untuk keluarganya.

"Produk Watsons berkualiti dan harganya berpatutan. Ia meliputi barangan penjagaan diri, keperluan kecantikan dan penjagaan kesihatan yang memenuhi kehendak keluarga saya.

“Saya berterima kasih kepada Watsons kerana memberi peluang berbelanja sakan bersama Fasha dan ini pengalaman yang tidak semua orang boleh dapat," katanya.

Kempen Tukar dan Jimat adalah inisiatif berterusan jenama Watsons Malaysia untuk memastikan ahli VIP dan pelanggan memperoleh produk berkualiti pada harga berpatutan.

 

Keterangan Gambar

Pix : Fasha Sandha bergambar bersama sepuluh ahli VIP Watsons.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 12:17 AM
Fasha Sandha bersama pemenang yang mengaut barangan Watsons seberapa banyak yang boleh dalam masa 60 saat. - Foto YAZIT RAZALI
Fasha Sandha (belakang tiga kanan) sebagai Duta Watsons, Pengarah Pelanggan Watsons Danny Hoh (belakang dua kanan) bersama ahli VIP Watsons yang bertuah berbelanja sakan di Watsons pusat beli belah MyTown, Cheras. - Foto YAZIT RAZALI