KEADAAN premis selepas rompakan. FOTO Siti Nor Amirah Abu Bakar
Siti Nor Amirah Abu Bakar
am@hmetro.com.my


KEDAI emas di pasar raya di Seksyen 23, Shah Alam kerugian kira-kira RM80,000 selepas dirompak sekumpulan penjenayah, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang.

"Siasatan awal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati enam lelaki membawa tukul besi dan satu objek dipercayai pistol.

"Suspek kemudian masuk ke kedai itu dan memecahkan cermin rak mengandungi barang kemas," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menemui satu kolongsong peluru Luger 9mm di tempat letak kereta di hadapan pintu masuk premis berkenaan.

"Anggaran kerugian RM80,000 dan polis masih meneruskan usaha mengesan suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 8:05 PM