Shamsudn Husin.
am@hmetro.com.my


JENAZAH pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah (SMKBAS) Kemasik, Mohd Faiz Ahmad, 16, yang lemas di Muara Kuala Kemasik, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Kemasik, Kemaman, 2 petang hari ini.

Sebaik selesai bedah siasat di Unit Forensik Hospital Kemaman, jenazah dibawa ke Masjid Jamek Kemasik untuk disembahyangkan.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah kedua ibu bapanya, Khadijah Daud, 62, dan Ahmad Musa, 72, bersama kira-kira 100 penduduk kampung serta ahli keluarga terdekat.

Jenazah seorang lagi mangsa lemas, Mohd Arif Hafiz, 9, masih berada di Unik Forensik Hospital Kemaman dan difahamkan bedah siasat dijangka selesai selepas waktu Asar.

Dalam kejadian 6.40 petang semalam, Mohd Arif Hafiz dan Mohd Faiz Ahmad bersama dua lagi rakan mereka dikatakan mandi di lokasi kejadian.

Dua rakan mereka berjaya diselamatkan orang ramai yang melihat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2017 @ 4:35 PM