Gas LPG yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran. FOTO Nasrawati Syarifuddin
Nasrawati Syarifuddin
hmkk@hmetro.com.my


PASUKAN Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 25 tong gas petroleum cecair (LPG) di laut Icebox, Tawau, 8.30 malam tadi.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata, ketika anggota PPM Tawau sedang menjalankan Op Landai di kawasan laut Icebox, mereka terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan menuju ke arah Sungai Bergosong, Pulau Sebatik.

"Anggota PPM Tawau menahan bot berkenaan dan pemeriksaan menemui 25 tong gas yang ditutup dengan kanvas.

"Juragan gagal menunjukkan dokumen yang sah untuk membawa barangan terkawal berkenaan yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran Indonesia," katanya hari ini.

Menurutnya, juragan berusia 37 tahun bersama barang rampasan dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

"Semua rampasan termasuk tong gas, bot dan enjin bernilai RM23,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2017 @ 2:27 PM