NORZAILAN
myMetro

Bahau: Mahkamah Majistret Bahau menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap seorang pemandu treler yang menyebabkan lapan maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, 11 Jun lalu.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menetapkan tarikh berkenaan selepas permohonan menangguhkan prosiding dibuat Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Ahmad bagi menunggu laporan kimia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tertuduh, Norzailan Omar, 44, dari Triang, Pahang yang sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah di mahkamah sama, tiba jam 9 pagi ditemani kenalannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu secara berbahaya tanpa mengambil perhatian mengenai segala aspek termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan serta lalu lintas hingga berlaku kemalangan yang mengorbankan lapan pemandu dan penumpang Proton Exora serta Perodua Myvi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 6:05 AM