Aizat Sharif
mohd.aizat@hmetro.com.my


PAMERAN Hartanah MyRumah 2017 anjuran The New Straits Times Press Bhd (M) Bhd (NSTP) yang bakal berlangsung di Pusat Membeli Belah Aman Central, Alor Setar menarik lebih 20,000 pengunjung sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis untuk memiliki hartanah terutama di kawasan Utara Semenanjung Malaysia.

Pengurus Besar Pengiklanan Agensi/Rencana Khas NSTP, Roche Chew Ruoh Syh berkata, pameran yang anjurkan adalah siri ketiga selepas di Balai Berita NSTP, Bangsar pada 3 hingga 5 Mac serta Komtar JBCC, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Mei lalu yang membawa kepada jualan sebanyak 37 unit pelbagai jenis hartanah daripada rumah teres, kondominium serta bangunan komersil dengan nilai jualan sebanyak RM30 juta.

“€œPenganjuran pameran hartanah MyRumah 2017 di Alor Setar kali ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada warga utara terutama di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang memiliki unit hartanah yang ditawarkan oleh sembilan pemaju yang menyertai pameran pada kali ini.

“€œBerdasarkan pemaju, banyak projek hartanah yang ditawarkan terletak di sekitar kawasan utara yang memberi kemudahan pemilikan kepada pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Aman Central, Alor Setar, hari ini.

Tambahnya, sembilan pemaju hartanah yang akan menyertai pameran berkenaan adalah seperti Aman Setia Group, Belleview Group, Bina Darulaman Berhad, Irama Jaya Group, Oriental Interest Group, OSK Property Group, Paramount Properties, Sunsuria Berhad dan SPNB Aspirasi Sdn Bhd.

“€œNamun begitu, apa yang lebih penting dalam pameran ini adalah ia bukan sahaja menjadi platform untuk semua golongan mencari hartanah yang disediakan tetapi juga tempat di mana mereka dapat mendapatkan ilmu pengetahuan sebelum memiliki sebuah rumah idaman.

“€œPameran ini adalah platform terbaik bagi orang ramai untuk mendapat jawapan bagi setiap persoalan mengenai jenis hartanah, pembelian rumah serta memahami isu-isu semasa berkaitan hartanah kediaman menerusi lapan penceramah professional dan berpengalaman yang sering terbabit dalam urusan pemilikan hartanah seperti Datuk Seri Dr Vincent Tiew dan Alan Poon (Superior Wealth Mastery) dan ramai lagi.

“Malah, forum dan sesi ceramah yang dijalankan bukan sekadar memberi penerangan mengenai hartanah, malah mampu memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingan memiliki hartanah secara tepat dan melalui medium yang tepat," katanya.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan adalah, Pengurus Pengiklanan dan Jualan NSTP Wilayah Utara, S Linggaraj dan Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Aman Cental, Wendy Wong Siew Chin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 5:13 PM
Roche Chew (tengah) bersama Wendy (tujuh dari kanan) bergambar dengan wakil-wakil pemaju syarikat perumahan dan penaja selepas sidang media program Pameran Hartanah MYRUMAH 2017 di Aman Central. FOTO Amran Hamid