POLIS mengiringi suspek di Mahkamah Majistret Georgetown. FOTO Zulaikha Zainuzman
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


PEMBANTU khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) direman dua hari bagi bantu siasatan kes cabul pelayan wanita di pusat hiburan.

Suspek yang berusia 50 tahun itu dibawa ke mahkamah, 10.45 pagi, hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Majistret Georgetown, Ahmad Tajuddin.

Semalam, suspek ditahan selepas hadir bersama peguamnya untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan penahanan reman lelaki terbabit dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Khamis lalu, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk membawa mangsa ke kawasan letak kereta sebelum memeluk dan mencium serta memaksanya melakukan seks oral.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 2:29 PM