Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


SEORANG pembantu khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditahan polis bagi membantu siasatan kes cabul seorang pelayan wanita sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai Khamis lalu.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan jam 8 malam tadi selepas hadir bersama peguamnya untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPDTL pergi kepejabatnya petang tadi.

Beliau berkata,lelaki berkenaan dilaporkan sudah beberapa hari tidak datang bekerja.

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan.

"Lelaki berkenaan akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah esok," katanya.

Ketika kejadian, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk membawa mangsa ke kawasan letak kereta sebelum memeluk dan mencium serta memaksanya melakukan seks oral.

Wanita itu dilaporkan menolak pemintaan suspek dan sebelum suspek

dilaporkan menanggalkan seluarnya dan dipercayai melakukan onani sehingga air mani terkena di peha wanita itu.

Suspek dipercayai menawarkan wang RM500 untuk kepada mangsa sebagai bayaran untuk bermalam dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 11:39 PM