Azlan Muhammad
Zainazlanmz@hmetro.com.my

HARIAN Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 kembali menggamit penggemar sukan berbasikal bukit apabila dilancarkan secara rasmi, hari ini.

Sebanyak tiga sirkit edisi 2017 akan diadakan iaitu Bukit Merah Laketown (29 Julai), Kerteh (7 Oktober) dan Sungai Buaya di Selangor pada 2 Disember.

Majlis pelancaran di Lagoona Terrace disempurnakan Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad @Salim Bachok bersama Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah, yang juga penaja utama kejohanan.

"Acara ini diteruskan atas permintaan ramai. Sambutan peminat amat menggalakkan dan ini terbukti menerusi peningkatan penyertaan setiap tahun.

"Sokongan padu pihak penaja seperti Affin Bank selama dua tahun berturut-turut menjadikan acara ini kekal berprestij kerana hadiah lumayan dan lokasi yang pelbagai.

“Acara turut memberi peluang Harian Metro mendekati pembaca setia dan berinteraksi dengan orang awam," menurut Ahmad@Bachok.

Antara penaja turut hadir adalah Honda Malaysia Sdn Bhd, Polygon, Deuter, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Sunway Lagoon Sdn Bhd dengan kerjasama Bukit Merah Laketown Resort.

Mereka yang berminat menyertai acara ini boleh melayari lawan web http://mtbgp.hmetro.com.my bagi urusan pendaftaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 3:57 PM
Ahmad Salim (kiri) menerima repika kad tanda simbolik penajaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Nazlee Khalifah. FOTO HM/OSMAN ADNAN