Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


SEBUAH rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Gombak, Batu Enam, Gombak, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian jam 3.53 petang.

Katanya, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Rawang dan BBP Gombak Selatan dikerahkan ke lokasi bagi bantuan pemadaman.

"Apabila tiba dilokasi jam 4.08 petang, anggota mendapati kebakaran membabitkan rumah berkeluasan 6x21 meter persegi.

"Anggota melakukan pemadaman berjaya mengawal kebakaran jam 4.23 petang.

"Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kebakaran serta jumlah kerugian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2017 @ 10:00 PM