Bilangan kenderaan yang meningkat di beberapa lebuh raya termasuk LPT2 dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengakibatkan kesesakan. FOTO Ghazali Kori, Ramdzan Masiam dan Danial Saad
Zaid Salim
am@hmetro.com.my


BILANGAN kenderaan yang meningkat di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) pada hari keempat Aidilfitri menyebabkan berlaku kesesakan di susur keluar lebuh raya berkenaan di Plaza Tol Gemuroh, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.

Bagaimanapun, tinjauan Harian Metro sehingga jam 4.30 petang ini mendapati aliran trafik masih lagi lancar dan menjadi lebih sesak pada lewat petang menjelang malam ini.

Keadaan itu berlaku disebabkan sebilangan besar pengguna lebuh raya pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti merayakan Aidilfitri memulakan perjalanan pada waktu malam.

LPT2 menjadi laluan pilihan pengguna jalan raya dari Kuala Terengganu, Setiu, Besut dan Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu aliran trafik di lapan susur keluar di LPT2 iaitu di Plaza Tol Telemong, Ajil, Bukit Besi, Kuala Dungun, Paka, Kijal, Cheneh dan Chukai lancar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2017 @ 6:45 PM