Tangan Massuri tersepit mesin pengadun tepung dalam kejadian di Gerai no 8, Majlis Daerah Samarahan Pangkalan Ferri, Kota Samarahan hari ini, namun kecederaannya tidak serius. FOTO ihsan bomba
Alif Amal Azahari
am@hmetro.com.my

WANITA berusia 39 tahun berdepan detik mencemaskan selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin pengadun tepung dalam kejadian di Gerai no 8, Majlis Daerah Samarahan Pangkalan Ferri, Kota Samarahan, jam 1.40 tengah hari, hari ini.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Massuri Darahman ketika itu mengadun tepung untuk membuat kuih sebagai persiapan menjual juadah berbuka puasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.47 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan di kerah ke lokasi.

“€œSebaik tiba, kami dapati mangsa masih dalam keadaan sedar dengan tangan kanannya tidak dapat dikeluarkan dari mesin pengadun tepung itu.

“Kami menggunakan peralatan khas untuk meregangkan mesin berkenaan dan mengambil masa hampir sejam mengeluarkan tangan mangsa,”€ katanya ketika dihubungi.

Katanya, kecederaan yang dialami mangsa tidak serius dan sudah dihantar ke pusat perubatan berhampiran untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 7:08 PM