GAMBAR ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my


LORI tangki muatan asid hidroklorik mengalami kebocoran dekat stesen minyak di Batu 6 Lekir, Sitiawan, pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menerima panggilan pada 3.36 pagi.

Menurutnya, setiba jentera di lokasi anggota mendapati lori tangki itu mengalami kebocoran dan berasap.

"Pasukan Hazmat (Unit Bahan Berbahaya) dimaklumkan untuk membantu operasi dan pemantauan dijalankan oleh anggota di lokasi," katanya.

Beliau berkata, operasi di ketuai Penguasa Bomba Kanan II Abd Wahab Mat Hashim.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 9:38 AM