ANTARA dadah yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my


SINDIKET pengedaran dadah didalangi warga Nigeria ditumpaskan polis dengan tertangkapnya sembilan suspek dalam serbuan di Setapak, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya berkata, kejayaan itu hasil serbuan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu di sebuah rumah di Setapak.

Katanya, satu kilogram (kg) dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam kotak kek dirampas.

Turut ditahan, sembilan warga Nigeria yang mendalangi sindiket pengedaran dadah itu.

Khalid melalui tweet rasminya @kbab51 menyatakan "Syabas STING @PDRMsia semalam tangkap 9 orang warga Nigeria di Setapak dan rampas 1 kilogram syabu. #GoPDRMGo."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 10:57 AM