AHLI Kelab Pemilik Kereta Saga (SOCC) Langkawi bergambar kenangan bersama anggota polis trafik selepas menyerahkan juadah bersahur. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


SERATUS petugas malam agensi kerajaan dan swasta di sekitar Kuah, Langkawi menerima juadah bersahur sempena Program Terjah Sahur anjuran Kelab Pemilik Kereta Saga (SOCC) Langkawi, semalam.

Petugas terbabit termasuk dari Pejabat Bomba dan Penyelamat Langkawi, Balai Trafik Langkawi, Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, Unit Kecemasan Hospital Langkawi dan Pelabuhan Langkawi.

Konvoi 14 kereta Proton Saga bermula 11 malam itu diketuai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, Ahmad Marzuki Shariat.

Ahmad Marzuki berkata, pemberian juadah sahur itu mengeratkan lagi silaturahim setiap jabatan yang dikunjungi.


KERETA ahli Kelab Pemilik Kereta Saga (SOCC) Langkawi yang terbabit dalam Program Terjah Sahur di Langkawi. FOTO Hamzah Osman

Katanya, program itu juga bertujuan menghargai kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas 24 jam apabila kebanyakan mereka tidak sempat untuk bersahur.

"Pada program ini kami mengunjungi petugas malam dan menyerahkan bungkusan nasi dan minuman untuk mereka bersahur.

"Ini bersesuaian dengan semangat menziarah dan mengukuhkan ikatan silaturahim yang begitu baik untuk diamalkan terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia," katanya di Langkawi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2017 @ 1:15 PM