POH Li (tengah) bersama ibu bapa angkatnya, Krishnan (kanan) dan Pichay (kiri) ketika hadir ke Pejabat JKM Daerah Muallim. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my


KANAK-KANAK kanak perempuan, Poh Li, mencari dan merindui ibu bapa kandungnya selepas terpisah sejak lahir.

Difahamkan, ayah kandungnya yang berketurunan Cina menyerahkan dia kepada suami isteri India di kediaman pasangan itu di Slim River, ketika Poh Li berusia tiga bulan, pada 2005.

Pekerja sosial, Yee Jee Kwong, 61, yang juga ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah Muallim, berkata sejak Poh Li, 12, diserahkan kepada K Krishnan, 60, dan isterinya, V Pichay, 57.

Katanya, keluarga angkat Poh Li sudah berusaha mencari dan mengesan bapa kandung Poh Li untuk menyelesaikan beberapa urusan yang membabitkan masa depannya tetapi gagal hingga kini.


POH Li bersama keluarga angkatnya terringin sangat berjumpa dengan ibu bapa kandungnya yang sudah lama terpisah. FOTO Rosman Shamsudin

"Oleh kerana buntu, pasangan berkenaan hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Muallim untuk membuat laporan dan tindakan selanjutnya.

"Poh Li memang rindu ingin berjumpa dengan ibu bapa kandungnya selain perlu menyelesaikan beberapa urusan penting membabitkan masa depannya," katanya.

Yee berkata, pihaknya berharap ibu bapa Poh Li dapat tampil bagi menyelesaikan beberapa perkara penting.

Katanya, dia berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keluarga kandung Poh Li dapat membantu kanak-kanak berkenaan.

Sekiranya mempunyai maklumat mengenai ibu bapa Poh Li bolehlah menghubungi K Ravi di 017-2352982.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Jun 2017 @ 10:59 AM