ABDULLAH menunjukkan surat kebankrapan Mat Yusoff pada 9 November tahun lalu menyebabkan DUN Nenggiri kosong.
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan kosong secara automatik bermula semalam selepas penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, 55, diisytiharkan muflis pada 9 November tahun lalu.

Pengisytiharan itu dibuat Jabatan Insolvensi Selangor yang menghantar surat kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri pada 21 Mei lalu dan Pejabat Speaker DUN, Ahad lalu.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, pada surat itu tarikh beliau diisytihar muflis pada 9 November tahun lalu.

Katanya, surat makluman kebankrapan itu menyebabkan beliau (Mat Yusoff) tidak layak menjadi ADUN.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 4:40 AM