Amir Abd Hamid di Hatay (Turki)
amir_hamid@hmetro.com.my


MUSLIM Care Malaysia Society (Muslim Care) melaksanakan misi bantuan Ramadan Untuk Syria di sempadan di Reyhanli, Turki-Syria bagi meringankan beban pelarian melaksanakan ibadah puasa.

Presiden Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), Zulkifli Wahijan berkata, misi bermula 25 Mei hingga 1 Jun depan.

Menurutnya, penyelarasan misi itu dibantu Pengarah Muslim Care Turki/Syria Muhammad Khatib yang turut menjaga sekolah pelarian kendalian Muslim Care di Reyhanli dan Idlib, Syria.

"Objektif misi kali ini, mengagihkan sumbangan rakyat Malaysia untuk bantuan makanan iftar dan sahur sekali gus meringankan beban pelarian Syria itu menunaikan ibadah Ramadan al-Mubarak.

"Selain itu bantuan pembiayaan pendidikan 1,500 anak Syria di Sekolah Muslim Care di Reyhanli dan di Idlib," katanya.

Menurutnya, kepada yang ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan di akaun MUSLIM CARE MALAYSIA 5644 9041 3882 (Maybank),140 140 1014 7470 (Bank Islam) atau 140 1000 7654 717 (Bank Muamalat) dan maklumkan sumbangan anda menerusi WhatsApp di talian 012-6935938 (Haji Zakaria), 016-9978323 (Johari) atau 017-9235463.

Kutipan dana untuk Syria anjuran Muslim Care Malaysia akan terus dilakukan selagi krisis di Syria tidak selesai.

"Ini peluang kita memburu pahala jariah yang lumayan di Ramadan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 12:10 AM
ZULKIFLI (lima kiri); Pengarah Muslim Care Turki/Syria, Muhammad Khatib (tiga kiri) dan wartawan Harian Metro Amir Abd Hamid (dua kanan) di Lapangan Terbang Hatay bersama sukarelawan bantuan Ramadan kepada pelarian Syria.