Laporan Harian Metro pada Januari lalu.
Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my


EMPAT sukarelawan kem motivasi tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang, hari ini, atas tuduhan bersubahat berkelakuan lucah di Selesa Hill Homes Resort, Bukit Tinggi, Januari lalu.

Brendon Yong Weng Siang, 25, Chang King Hun, 25, Gan Wee Loon, 26, dan Yong Kar Men, 25, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.

Empat tertuduh itu didakwa bersubahat berkelakuan lucah di tempat awam di Selesa Hill Homes Resort, Bukit Tinggi pada 5.30 petang, 21 Januari lalu dan perbuatan itu mendatangkan kegusaran terhadap Rozzana Chung Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk kawasan terbabit.

Sementara itu, dua peserta kem iaitu Zoey Chai Yuen, 21, dan Cheong Zhe Hou, 23, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkelakuan lucah di tempat awam dengan berbogel di tempat dan waktu yang sama.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 1:16 PM