KEADAAN motosikal kuasa tinggi mangsa yang hancur.
myMetro

Muallim: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 386, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.45 petang, mangsa, Riduan Ali, 41, dari Subang Jaya, Selangor yang menunggang motosikal Kawasaki GTR 1400 maut di tempat kejadian selepas tercampak ke laluan kiri dan melanggar sebuah lagi motosikal yang melalui laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur dipercayai cuba memotong kereta di lorong kecemasan.

“Ketika cuba memotong, mangsa melanggar belakang pacuan empat roda yang tidak bergerak di lorong itu dipercayai rosak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 6:04 AM