Hazani Ghazali
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


KOMANDER Unit Tindakhas Pasukan Gerakan Khas (UTK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali mendahului senarai 11 pegawai yang dinaikkan pangkat dan pertukaran jawatan berkuat kuasa 22 Jun ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datin Asmawati Ahmad berkata, Hazani akan memegang jawatan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Jabatan Perdana Menteri dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Katanya, SAC Kepolisan Am KDNKA, Datuk Mastor Mohd Ariff pula akan memegang jawatan Komander UTK.

"Ketua Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

"Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor Asisten Komisioner Sulaiman Salleh pula akan memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 9:58 PM