Norazimah Narudin
am@hmetro.com.my


MAJLIS Agama Islam Johor (MAIJ) menetapkan hanya satu kadar zakat fitrah bagi tahun ini iaitu RM7.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata, penetapan kadar zakat fitrah diselaraskan dengan satu harga berbanding tahun lepas.

"Kadar berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri Johor pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.6 kilogram," katanya ketika pengumuman kadar zakat fitrah Negeri Johor 2017 di Dewan Syura, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, hari ini.

Seramai 1,641 amil dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut zakat fitrah di seluruh negeri Johor.

Dalam pada itu katanya, unjuran pungutan bagi tahun ini adalah sebanyak RM14 juta dengan seramai dua juta umat Islam di negeri ini membayar zakat fitrah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 2:17 PM